Jumaat, 31 Januari 2014

terkenangkan nasib

Assalamualaikum~
Salam warga alam maya semua, ada kala ujian itu datang bertalu-talu, kita di duga bagitu hebatnya, kita acap kali mengeluh tanpa mengira apa puncanya.. Allah sayangkan kita, makin meningkat dewasa makin besar dugaan kita.. hari ini hati shaz terdekit untuk berkongsi satu cerita yang terjadi pada diri shaz, hope cerita nie leh bagi semangat di kala kita di landa ujian.
2 hari lepas shaz naik bas menuju menuju ke utara Malaysia atas urusan. Dalam perjalanan sampai di station bas di penang, sewaktu shaz beli tiket bas shaz terjumpa gadis cantik, lawa+ayu orangnye.. tp die istimewa, Allah tarik penglihatan die. Kakak nie menuju ke dastinasi y sama ngn shaz, so shaz pimpin die naik bas.. shaz duk kat belakang kerusi die.
Shaz rasa sedih sangat, hati shaz sayu melihatkan keadaan kakak tu. Sukarnye untuk die bergerak,  sukar lg untuk die menempuhi masa mendatang. Dalam keadaan die y tak mampu melihat, tp die masih kuat.. dan kakak tu berseorangan masa naik bas bersama shaz.
Shaz tak tahu kenapa hati shaz begitu sayu, bergenang air mata shaz tp di serka ngn pantas. Kalau nk fikir masalah, semua orang ade masalah. Manusia xkn pernah lari dari masalah. Allah sedang uji kekuatan iman kita, keteguhan kita kepadaNYA. DIA ingin kite mengingatiNYA di kala alpa dan leka.
kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah. Semakin matang kita semakin besar cabarannya, semakin hebat ujiannya. Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan di luar kemampuan hambaNYA. Cabaran itu akan sentiasa hadir dan itulah gunanya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir.
Di sini shaz mula terfikir untuk bangun, berdiri tanpa pandang ke belakang. Shaz mula belajar apa itu ikhlas. Shaz baru berjinak untuk tidak memaparkan kesedihan, shaz belajar untuk sentiasa tertawa walaupon berduka, shaz cuba membina semangat di kala jatuh..shaz tak boleh lemah walau apa pon y berlaku, di kala shaz jatuh shaz akan terkenang ujian y Allah turunkn kepada yang lain lebih besar. Nasib serta dugaan mereka lebih hebat dari shaz. Ada kala ujian itu datang bertalu-talu, kita di duga bagitu kencang, kita acap kali mengeluh tanpa mengira apa puncanya.. Allah sayangkan kita, belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang terjadi. Semoga Allah memberkati jalan hidup kita semua. AMIN!!

Tiada ulasan: