Selasa, 31 Julai 2012

imam al qhazali~


Yang singkat itu "waktu "
Yang menipu itu  "dunia "
Yang dekat itu" kematian "
Yang besar itu" hawa nafsu "
Yang berat itu "amanah "
Yang sulit itu "ikhlas"
Yang mudah itu "berbuat dosa"
Yang susah itu "sabar"
Yang sering lupa itu adalah "bersyukur" 
Yang membakar amal itu adalah "mengumpat "
Yang mendorong ke neraka itu adalah "lidah" 
Yang berharga itu "iman" 
Yang mententeramkan hati itu "teman sejati"
Yang ditunggu oleh Allah swt adlah "taubat" 

yang mana satu lagi ok??


NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 931001xxxxxxx
NAMA : NORSHAZLIN BINTI ABD xxxxx
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD PROGRAM : ES28 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : SAINS (KIMIA)
: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
URL SURAT TAWARAN : 
http://www.online.uitm.edu.my/

CATATAN : Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2012 (Isnin) dan Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 22 Julai 2012.

_______________________ATAU YANG INI______________________
KEMASUKAN BARU KE UNIVERSITI

NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 931001xxxxxxx
NAMA : NORSHAZLIN BINTI ABD xxxxx
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:


TARIKH : 21 JULY  (2012-07-21)
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI OF RAMADHAN AL-MUBARAK
COUSE WAJIB : BERPUASA
COUSE SPECIAL : TERAWIH
COUSE TAMBAHAN : BACA AL-QURAN, ZIKIR, SOLAT SUNAT, SEDEKAH & ETC..
KELULUSAN : IJAZAH KETAKWAAN KELAS PERTAMA
KONVO : 1 SYAWAL 1433


*EXTRA : Tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat master
COUSE : Puasa 6

Khamis, 12 Julai 2012

info berguna,gastrik~


Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup, pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita. Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di antara warganegara kota.
Sebenarnya, masalah gastrik asid berlebihan ini adalah susah untuk ditangani. Ini adalah kerana masalah ini adalah seperti hantu, ia boleh menyerang anda minggu ini dan kemudian hilang untuk beberapa minggu dan datang kembali secara tiba-tiba.
Terdapat pelbagi faktor yang menyebabkan masalah gastrik asid, ada yang mengatakan bahawa ia adalah berpunca daripada cara permakanan, ada pula yang mengatakan ia berpunca daripada jangkitan bakteria, berikut adalah punca-punca gastrik yang biasa kita dengar:
Makanan Pedas => Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.
Makanan Masam => Seperti dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.
Makanan Goreng => Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih sudah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.
Merokok => Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda yang memberi rasa ‘high’ itu, maka ia turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
Kopi atau The => Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelass sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik.
Tekanan Emosi => Cara hidup moden adalah penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi ini akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.
Jangkitan Bakteria H. Pylori => Kajian terbaru menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria H. Pylori secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulcer perut. Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut pada masa depan.

Hakikat yang menyedihkan adalah bahawa doktor anda biasanya tidak tahu punca sebenarnya yang menyebabkan peningkatan rembesan jus gastrik. Apa yang mereka tahu adalah masalah gastrik adalah disebabkan oleh rembesan jus gastrik asid yang berlebihan. Ubat yang biasa dibagikan adalah seperti berikut:
Ubat Antasid –> Ubat jenis ini biasanya dibuat oleh garam karbonat atau hidroksida yang berfungsi sebagai penebat asid gastrik sementara yang menghalang asid refluks daripada mengalir ke dalam tiub esofagus yang menyebabkan rasa hati terbakar (heart burn). Sungguhpun ubat jenis ini boleh memberi kelegaan yang segera, tetapi anda dinasihat supaya jangan terlalu bergantung kepada ubat jenis ini kerana ia mengandungi macam-macam bahan kimia sintetik yang susah untuk dihadam oleh badan kita. Cuba bayangkan apa akan terjadi apabila anda telan benda yang seperti chewing gum itu setiap hari.
Proton Pump Inhibitor –> Ubat jenis ini bertindak dengan merencatkan sel-sel perut yang merembeskan jus asid gastrik. Tetapi masalahnya adalah jika tiada jus gastrik yang cukup untuk pencernaan, makanan yang dimakan itu akan reput dan bukannya dicerna di dalam usus anda. Apabila bahan yang tidak sempurna dicerna atau toksik reputan diserap ke dalam saluran darah, ia akan menyebabkan darah menjadi semakin kotor dan pekat yang turut akan menyebabkan macam-macam penyakit sampingan yang lain.
Antibiotik –> Tujuan ubat ini digunakan adalah untuk membunuh bakteria H. Pylori yang tersembunyi di dalam dasar dinding perut. Malangnya, antibiotik am (broad spectrum antibiotics) yang digunakan bukannya khas dalam membunuh H. Pylori. Ia mungkin boleh bunuh segelintir koloni H. Pylori tetapi ia bunuh lebih banyak bakteria bagus yang penting dalam membantu pencernaan badan. Kajian terbaru turut menunjukkan spesies H. Pylori yang baru sudah mempunyai rintangan terhadap antibiotik am tersebut.
Pernahkah anda menanya diri anda kenapa semakin ramai orang menghidap penyakit moden seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan mati daripada kanser? Penyakit seperti ini adalah jarang didengari pada zaman dahulu, ia mula menyerang kesihatan kita apabila cara hidup kita menjadi semakin senang dan selesa.
Masalah Kesihatan Lain Yang Secara Tidak Langsung Berkaitan Dengan Penyakit Gastrik
Darah Yang Pekat dan Gelap = Kandungan toksik berasid yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
Kerap Rasa Letih dan Mengantuk = Darah yang telah menjadi berasid dan pekat akan mengalir dengan perlahan, ia tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Atas Katil Tidak Tahan Lama = Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah badan berasid akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.
Masalah Gasrik atau Asid Refluks = Apabila sisa-sisa asid itu tidak dapat disingkirkan melalui air kencing atau peluh, badan terpaksa cari jalan alternatif itu kurangkan toksik berasid di dalam darah. Salah satu cara adalah dengan menyingkirkan asid dalam bentuk asid gastrik (asid hidroklorik) ke dalam perut. Penghasilan asid gastrik di dalam perut boleh akan menghasilkan molekul beralkali bicarbonat yang boleh meneutralkan asid lebihan dalam darah.
Masalah Gout atau Asid Urik Tinggi = Apabila kepekatan asid di dalam badan sudah mencecah tahap tepu, asid-asid akan membeku dan membentuk kristal asid di dalam sendi atau di bawah kulit yang menyebabkan masalah gout.
Kencing Manis (Type 2 Diabetes) = Kajian terbaru menunjukkan bahawa orang yang mempunyai badan yang berasid adalah lebih senang untuk menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2. Keadaan dalaman badan yang berasid akan merosakkan reseptor-reseptor insuli di permukaan sel-sel badan dan menyebabkan masalah Rintangan Insulin.
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder = Buah pinggang menjadi semakin lemah ekoran daripada beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan asid dan gula yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis atau penyakit moden yang lain berakhir… Sungguh menyedihkan!
Sakit Gastrik Itu Cuma Satu Tanda Warning Awal!!!
Masalah gastrik itu sebenarnya merupakan satu tanda amaran bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid. Ubat-ubat gastrik itu cuma hanya menipu badan anda dengan menutup gejala gastrik ini. Akar umbi masalah gastrik ini adalah pengumpulan sisa-sisa toksik berasid yang terlalu banyak sejak bertahun-tahun dahulu. Jika turut merasai gejala lain yang berkaitan dengan badan berasid, anda harus mula untuk meneutralkan asid dalam badan sekarang juga! Bertindaklah sebelum ancaman asid itu berebak sampai ke buah pinggang dan organ-organ lain dalam badan.

info berguna,barah~


hr nie shaz nk kongsikan pasal penyakit barah~
Kenal pasti samada tanda-tanda ini wujud pada diri anda.. Kesan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa anda, maka kerap melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.Selain itu, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.
1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
* Punca Utama Kanser :
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan