Ahad, 29 April 2012

Manusia Hari Ini



 
Manusia hari ini suka sangka-sangka 
Ada sangkaan baik... 
Ada sangkaan buruk... 
 
Org beribadah disangka riak 
Org yg relax disangka malas 
Org yg pakai baju baru disangka menunjuk 
Org yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina) 
Org makan banyak disangka pelahap 
Org makan sikit disangka diet 
Org baik disangka buruk 
Org buruk disangka baik 
Org senyum disangka mengejek 
Org masam disangka merajuk 
Org bermuzakarah disangka mengumpat 
Org diam disangka menyendiri 
Org menawan disangka pakai susuk 
Org nampak ceria disangka membela 
 
mana tahu yg diam itu kerana berzikir kepadaAllah 
mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah 
mana tahu yg masam itu kerana mengenangkan dosa 
mana tahu yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya 
mana tahu yg ceria itu kerana cergas cerdasnya 
 
Jauhi sikap suka bersangka2 kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yg boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya :)
 
wallahu'alam. 
Wassalam. 

Untuk renungan bersama!

 Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?
Apakah  yang dinamakan TAKDIR?
Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka
Dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api? Jawapannya...??

 Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Didalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua ditempatnya.

 Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? 
 Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
 Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya Tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya. 
 Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, Insya'Allah
 Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:~

 1.Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya? 
 2.Apakah yang dinamakan TAKDIR?
 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

 Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya? 
 Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya
untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!
 Pemuda : Saya amat tidak faham...??
 Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
 Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
 Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
 Pemuda : Ya....!
 Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu??..!
 Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita Semua merasakan keujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat wujudNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya
Akan menampar awak?
 Pemuda : Tidak....!!?
 Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah Tamparan dari saya hari ini?
 Pemuda : Tidak....!!!?
 Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
 Pak Imam : dibuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk
Menampar awak ini?
 Pemuda : Kulit dan daging...!!!
 Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
 Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
 Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
 Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!
 Pemuda : Allahuakbar!

 "ISLAM  AKAN  TETAP  DIJULANG  WALAUPUN  IA DITENTANG..ITULAH  JANJI ILAHI."

 'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu
dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk negeri
abadi.
 Moralnya tak usahlah kita sombong dengan ilmu dan kekayaan yang kita  ada. Mungkin orang yang kita anggap lebih bodoh atau hina dari kita Sebenarnya pada pandangan Allah jauh lebih baik dari kita.
Wallahualam.

tidur!!


Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia
menghilangkan keletihan dan kepenatan. Oleh itu, marilah kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.



~ tidurlah di awal malam sesudah solat isyak jam 10.00 atau 11.00 dalam keadaan berwuduk.

~ bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

~ kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum
terbit fajar.

~ tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usus, cepat hadham makanan.

~tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur:

1- awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2- selepas masuk waktu asar.
3- tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan



bahaya tidur di siang hari.....

1- mendatangkan penyakit kulit.
2- merosakkan warna kulit
3- melemahkan jantung.
4- menambahkan tekanan perasaan yang meluap
5- melemahkan badan dan tenaga syahwat
6- melemahkan kecerdasan akal.

so.. kurangkan tidur siang..