Isnin, 15 Februari 2016

warkah untuk sahabat..




salam warga maya, setelah sekian lama tidak melakar. perasaan rindu membuak tak terkata, hati ini pendam penuh rasa. 


Bertapa sepinya hidup seorang perindu
Pernah ku rasa kaki melangkah pergi
Menuju ke destinasi tak pasti
Bila ku rindu padamu
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Dihanyut oleh keresahan
Dibawa ombak kenangan
Adakala aku di buai tinggi
Melabong hingga ke awan mimpi
Aku berpaut pada dahan semangat
Aku berdiri di bawah matahari kata perangsang
Panasnya membakar ke sanubari
Itu yang membuatkan aku terus hidup
Berdiri dan terus melangkah

Kerana memori kita tersemat di hati

#hidup ini tak semestinya kita akn bersama selamanya, perpisahan pasti ada. meskipun sahabat kita jauh, namun kita masih boleh sebut mereka dalam setiap doa kita. itu yang terbaik dan ada jodoh pasti bersua semula

Isnin, 29 September 2014

bicara tersembunyi


Setelah sekian lama tidak melakarkan berita dan berkarya di alam dunia maya.. dunia reality y semakin usang tanpa sebarang persoalan membuatkan aku semakin kekok untuk berkata. Di setiap perjalan pasti ada persimpangan, dan di setiap persimpangan pasti ada hentian.. dalam bicara kosong, kadangkala terserlah kebodohan serta kealpaan diri. Bicara tanpa berfikir, berkata tanpa logiknya..
Di kala diri mendiam itu bukan bisu namun membiarkan sesuatu kejadian reda tanpa gelora.. terserlah kebuntuan ketika jatuh, lalu mengaduh.. Tiada tempat untuk berteduh, Yang ada hanya gaduh dan rapuh.. di saat pedih dan sedih, tidak punya kawan, kerana mereka hilang ditelan awan.. juga tak punya lawan, mereka terhapus oleh hujan.. Parut luka mengingatkan supaya lebih berhati-hati masa mendatang dalam mencari erti kehidupan.. punya jiwa yang ditebus dengan raga..

"Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater."

“Allah, aku tahu semua ini tidak sia-sia”. 

Jumaat, 31 Januari 2014

terkenangkan nasib

Assalamualaikum~
Salam warga alam maya semua, ada kala ujian itu datang bertalu-talu, kita di duga bagitu hebatnya, kita acap kali mengeluh tanpa mengira apa puncanya.. Allah sayangkan kita, makin meningkat dewasa makin besar dugaan kita.. hari ini hati shaz terdekit untuk berkongsi satu cerita yang terjadi pada diri shaz, hope cerita nie leh bagi semangat di kala kita di landa ujian.
2 hari lepas shaz naik bas menuju menuju ke utara Malaysia atas urusan. Dalam perjalanan sampai di station bas di penang, sewaktu shaz beli tiket bas shaz terjumpa gadis cantik, lawa+ayu orangnye.. tp die istimewa, Allah tarik penglihatan die. Kakak nie menuju ke dastinasi y sama ngn shaz, so shaz pimpin die naik bas.. shaz duk kat belakang kerusi die.
Shaz rasa sedih sangat, hati shaz sayu melihatkan keadaan kakak tu. Sukarnye untuk die bergerak,  sukar lg untuk die menempuhi masa mendatang. Dalam keadaan die y tak mampu melihat, tp die masih kuat.. dan kakak tu berseorangan masa naik bas bersama shaz.
Shaz tak tahu kenapa hati shaz begitu sayu, bergenang air mata shaz tp di serka ngn pantas. Kalau nk fikir masalah, semua orang ade masalah. Manusia xkn pernah lari dari masalah. Allah sedang uji kekuatan iman kita, keteguhan kita kepadaNYA. DIA ingin kite mengingatiNYA di kala alpa dan leka.
kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah. Semakin matang kita semakin besar cabarannya, semakin hebat ujiannya. Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan di luar kemampuan hambaNYA. Cabaran itu akan sentiasa hadir dan itulah gunanya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir.
Di sini shaz mula terfikir untuk bangun, berdiri tanpa pandang ke belakang. Shaz mula belajar apa itu ikhlas. Shaz baru berjinak untuk tidak memaparkan kesedihan, shaz belajar untuk sentiasa tertawa walaupon berduka, shaz cuba membina semangat di kala jatuh..shaz tak boleh lemah walau apa pon y berlaku, di kala shaz jatuh shaz akan terkenang ujian y Allah turunkn kepada yang lain lebih besar. Nasib serta dugaan mereka lebih hebat dari shaz. Ada kala ujian itu datang bertalu-talu, kita di duga bagitu kencang, kita acap kali mengeluh tanpa mengira apa puncanya.. Allah sayangkan kita, belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang terjadi. Semoga Allah memberkati jalan hidup kita semua. AMIN!!

perjalanan seorang hamba yang kerdil lagi hina~



Andai mampu ku sampaikan kata-kata ku pada bukaan mulut dalam setiap bicara, pasti aku mampu mencapai gunung yang jauh puncaknya. Tapi sayangnya pasti ada telinga tak mampu mendengar panahan api hasil ungkapan tulus dari hati. Mulut tertutup mata terpejam lalu membiarkan jari-jemari petah menari meluahkan perkara yang tersirat.. Wujud perbagai persoalan mendesak hati mencari kronologi kesilapan diri dan cuba untuk membuka 7 lapisan kebahagian.
Kunci hati yang ku simpan rapi hilang sekelip mata apabila mata kecilku dan mainan ingatanku melayang ke sanubari. Siapakah diriku, aku kosong memandang duniawi di tambah hina dan kecil disisi mereka yang bersaing dengan ku..dalam setiap perjalanan dalam perjuangan aku tumpas dalam kecuaian.
Penaklukan 1001 makna hanya kecil maksudnya bagi penafsir yang bijaksana. Biar ianya tersirat, kerana ianya adalah dari hati dan jiwa untuk insan yang bernyawa. Kalau diizinkan waktu dan masa, sekurangnya aku boleh mencuba dan terus berusaha. Kerna aku tahu tiada punca yang mampu menjatuhkan aku, aku berazam,dan aku akan berdiri teguh.. Semoga aku akn temui jalan penyelesaian.. zaman meninggalkan aku, kengkawan membiarkan aku.. dunia berlalu pergi.. tiada kata melambangkan semangat, tiada bicara mengambarkan keghairahan, tiada makna memaparkan gelora berkobar-kobar,ianya hanya mampu dirasai..ingatlah,ini dunia kau..kau yang mencorah langkah perlawanan,ianya menentukan kau menang atau sebaliknya..kau boleh menang kalau kau mahukannya~
Persepsi serta cara berfikir kita perlu ubah, ingat bukan usia y mematangkan kita, usia hanyalah angka!!! pengalaman mendewasakan kita, menjadi guru terbaik dalam kehidupan, kuatkan diri, cekalkan hati, dugaan tabah dihadapi, kurangkan controversy dan tingkatkan prestasi k, semoga anda berjaya..
Aku bukan siapa walhal aku tiada nama. Tapi syukurlah aku ada perasaan dan cinta yang Tuhan berikan.. satu Anugerah dariNya

Selasa, 10 September 2013

TIPS MENCEGAH KANSER

kata orang mencegah lebih baik drpd mengubati kan?? So, bila kita d kurniakan kesihatan y sempurna jgn la kita nk abaikan. Ini dh menjadi tanggungjawab kt, jgn nt nasi dh jadi bubur baru nk menyesal pulak…

1. Seseorang y telah menghidap barah seharuhnya mengelakkan penggunaan gula secara berlebihan terutama frukosa. Semua bentuk gula menjejaskan kesihatan secara umum dan menggalakkan penularan kanser. Fruktosa, adalah jelas salah satu bahan yang amat berbahaya dan perlu dielakkan seberapa banyak yang mungkin. 
2. Penghidap juga perlu mengoptimumkan pengambilan vitamin D. Vitamin D mempengaruhi hampir setiap sel dalam badan anda.Ia merupakan salah satu pemusnah semulajadi sel2 kanser. Vitamin D dapat masuk ke dalam sel-sel kanser dan mencetuskan " apoptosis " (kematian sel). Jika anda menghidap kanser, tahap vitamin D anda harus antara 70 dan 100 ng / ml. Adalah baik 6 bulan sekali anda menjalani ujian jumlah Vitamin D dalam badan anda.
Tahap tidak selamat kurang dari 50 ng/ml
Tahap mencukupi 50 - 65 ng/ml
Tahap sekiranya anda mempunyai kanser 65 ng/ml - 90 ng/ml
Tahap terlalu banyak lebih dari 100ng/ml
3. Anda juga perlu pastikan badan anda mempunyai jumlah vitamin A yang mencukupi.Ia sangat penting untuk mencegah kanser payudara. Dapatkannya dari sumber2 makanan bukan dalam bentuk supliment.Yang terbaik adalah dari sayuran yang berwarna warni.Badan kita bolih mengimbangi keperluan nutrisi2 yang diperlukan dengan melupuskan nutrisi2 berlebihan dengan syarat kita mengambilnya dalam bentuk raw.Perkara ini penting kerana pengambilan Vitamin A secara berlebihan akan menjejaskan keberkesanan Vitamin D.Berada dibawah sinaran matahari pagi selama 1 jam sehari sudah memadai untuk keperluan Vitamin D anda.Ia adalah percuma. 
4. Mengelakkan pengambilan makanan yang dipanggang.Jika anda berisiko tinggi terhadap kanser umpamanya ada dalam keturunan anda pernah mendapat kanser atau mati kerana kanser mengelakkannya samasekali adalah sesuatu yang sangat penting.Bahan yang berbahaya dalam makanan yang dipanggang dikenali sebagai Acrylamide.Wanita mempunyai risiko tinggi untuk memdapat kanser payudara jika mereka adalah pengemar makanan2 yang dipanggang.
5. Berhati hati dengan produk2 berasaskan soya yang tidak melalui proses fermentasi.Soya adalah makanan yang baik tetapi hanya jika ia melalui proses fermentasi untuk meminimakan unsur utama yang tidak elok untuk bandan ANTINUTRIEN ,soya perlu melalui proses fermentasi.Terdapat kajian yang menyatakan satu bahan dalam soya yang dinamakan ISOFLAVON bergabung dengan ESTROGEN dalam badan wanita mempercepatkan pertambahan sel2 payudara dan ini berisiko tinggi untuk kesilapan dalam proses penyalinan sel.
6. Meningkatkan kepekaan reseptor insulin anda. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan mengelakkan gula dan bijirin dan pastikan anda bersenam setiap hari. 
7. Kekalkan berat badan yang sihat.Ingat Lemak berlebihan tidak sihat kerna ia menghasilkan estrogen.
8. Minum satu gelas besar jus sayur-sayuran hijau organik setiap hari.Yang terbaik adalah seperti bayam, saderi,lobak,kale, Timun yang dibuang kulitnya dan brokoli.Terung yang direbus adalah sayuran terbaik untuk pembasmian sel2 kanser.
9. Ambil makanan yang mengandungi lemak haiwan yang tinggi dengan OMEGA 3.Kekurangan OMEGA 3 adalah salah satu faktor penularan kanser.
10. Carcumin. Ini adalah bahan aktif dalam kunyit.Samada anda perbanyakkan penggnaanya dalam masakkan atau beli dalam bentuk yang dikapsulkan.Ia sangat baik dalam rawatan kanser terutamanya kanser payudara.Walaubagaimana pun pengambilan yang dikapsulkan adalah lebih digalakkan kerana carcumin secara amnya tdak dapat diserap dengan baik olih badan olih itu penggunaan melalui yang dikapsulkan lebih disyorkan.
11.Untuk para wanita amalkan menyuskan anak untuk sekurang2nya dalam tempoh 6 bulan.Kajian menunjukkan penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
12.Untuk wanita elakkan memakai coli yang menggunakan dawai sebagai bingkainya.Ia bolih meningkatkan risiko kanser payudara.
13.Elakkan diri anda dari terdedah pada produk2 atau berada dalam kawasan medan elektromagnet.
14.Pastikan anda mempunyai iodin yang cukup terutamanya wanita.Para penyelidk menyatakan iodin adalah sangat berguna dalam memusnahkan sel2 kanser payudara dan tiroid.Dapatkannya dalam bentuk permakanan.
15.Elakkan penggunaan ubat2 tahan sakit,ubat pengawalan kolestrol,ubat darah tinggi,suntikkan insulin dan antibiotik.Jika anda terpaksa menggunakannya sedaya upaya cuba beralih kepada yang bersifat semulajadi umpamanya dari tumbuh2an.Umpamanya penggunaan ubat darah tinggi dan ubat pengawalan kolestrol dalam jangkamasa melebihi 10 tahun mempertingkatkan risiko kanser hati dan pankerias.
16.Gunakan air tanpa klorin dalam setiap masakkan dan air minuman anda.Jika anda mandi menggunakan air panas pastikan ianya telah dinyahkan klorin.Beratus penyelidikkan saintifik menyatakan majoriti penghidap kanser payudara mempunyai sebatian2 klorin didalam tisu payudara.Mereka mengesyaki klorin menjadi penyebab kepada majoriti kes2 berkaitan kanser terutamanya kanser payudara.
11.Pastikan penampalan gigi dibuat dengan rapi dan menggunakan jenis simen yang selamat walaupun kosnya agak tinggi.Bakteria yang bersembunyi dibawah simen yang tidak sempurna seringkali menyelinap masuk dalam badan terutamanya kawasan payudara.Terdapat kajian saintifik mengenai perkara ini.

Selasa, 22 Januari 2013

mencari semangat...


salam warga alam maya~



Bertemu kembali warga alam maya, salam di hulur pembuka bicara.. hati memendam penuh rasa, jari jemari menari meluah akan gundah gulana…


setiap manusia yang hidup pasti diduga, pasti pernah terdetik di hati perasaan benci dan kenapa jadi bergini.. pada hakikatnya kita sudah cukup untuk bersabar, kita cuba menyemai kekuatan dalam diri, mencari ketenangan dalam hati..shaz akan berusaha untuk diri sendiri,itu yang pasti!!


Izinkan aku titiskan air mata keresahanku
Melepas resah tidak berdaya
Teringat kisah aku di malam itu
Telah menjadi lukisan di hatiku
Lakaran yang tidak di duga
Tiada ku sangka mendung kan menjelma
Akan menggelapkan sinaran hidupku
Waktu ku sepi tiada seri
Penuh amarah nan di hati
Kekecewaan terjadi berkali kali
Aku bawa diriku selaju dan sejauh yang mungkin
Bukan untuk lari dari masalah
Bukan juga merajuk membawa diri
Tapi mencari ruang serta peluang
Kedamaian dan ketenangan hati
Aku tetap akan kembali
Berdepan dengan masalah
Sesungguhnya takdir penentu segala
walau pada hakikatnya
terselit di sudut kamar hati ini
akan cemburunya kehidupan isi duniawi
kebahagiaan tak berbelah bagi
kemesraan tanpa sempadan
adakala kabur pandanganku
ketabahanku mungkin akan pudar
Namun aku cuba untuk merangkak
Bertaktih setapak demi setapak
Tiada ku kesal bergini jadinya
Akan ku hadapi sebagai satu cabaran
Lupakan saja apa yang berlaku
Jadikan ini satu kisah hidupku
Kerana ku ada rencana terbaik buatku
Dan aku percaya akan keajaiban dunia...

#adakalah kita perlu untuk melihat sekeliling kita, paksa diri untuk buka minda dan luaskan jiwa. lihat dengan mata hati, selami kesusahan orang lain yang diduga luar biasa. cuba rasai apa yang mereka rasa, pasti terselit rasa syukur. tanpa di duga wujud sedikit perasaan redha, muncul semangat dan peransang. pasti ianya mematangkan kita

Jumaat, 28 Disember 2012

terus usaha perbaiki diri.


" SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBENTANGKAN TANGAN-NYA PADA MALAM HARI UNTUK MENERIMA TAUBAT DARI PEMBUAT KEJAHATAN PADA SIANG HARI. DIA PUN MEMBENTANGKAN TANAGN-NYA PADA SIANG HARI UNTUK MENERIMA TAUBAT PEMBUAT KEJAHATAN PADA MALAM HARI."                 (Sahih Muslim)





Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG.
Setelah sekian lama shaz lemas di dalam lembah kemaksiatan. hanyut di bawa arus dunia. kekadang ku lupa, kekadang ku ingat, ku ingin diriku bertaubat. tapi pada hakikat dalam separuh perjalanan untuk terus bangun shaz tersungkur+terjaduh+tergolek. tidak tahan dogaan duniawi, tidak tahan bisiakn syaitan, tidak tahan hasutan kengkawan. itulah aku, lemah di kala di uji. semangat sentiasa berserah itu yang perlu aku kikis. aku akan terus sentiasa cuba dan mencuba kerna ku tahu "sesungguhnya malaikat bahagian kiri (syahibus-syimal) selalu mengangkat penanya selama 6 saat (sebelum mencatat kesalahan) bila seseorang tu bersalah, maka jika ia menyesal dan memohon ampun atas kesalahannya, di hapuslah catatan kesalahan tersebut dan apabila tidak, dicatat atasnya satu kesalahan."      (HR. Al Thabrani dan Baihaqi)

ulama salaf juga memperingatkan :~
" sesungguhnya ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa engkau ambil agamamu, waspadalah wahai hamba ALLAH dari tergelincir ke dalam jurang kesesatan, dan carilah orang-orang yang benar-benar ahli ilmu untuk membentuk keperibadianmu, ALLAH tempat kita meminta dan memohon pertolongan."

Hadis Riwayat Muslim :~
" wahai hamba-KU sesungguhnya kamu banyak melakukan dosa di malam hari dan di siang hari, sedangkan AKU akan menagampuni semua dosa (itu), maka hendaklah kamu mohon ampunan kepada-KU, nescaya AKU akan mengampuni kamu."

# tolong doakan perjalanan hidup shaz dan semoga shaz kembali kepadaNYA dalam Iman dan AgamaNYA.

Selasa, 13 November 2012

saya nk jadi kawan baik awak :)


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang sejati .

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan sesiapa.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan, kerana kawan yang baik tahu apa yang terbaik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat dalam setiap doanya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak pandai menghargai kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawannya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,


kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan yang baik, terlebih dahulu kita menjadi seorang kawan yang terbaik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang terbaik...

Amin!!!

Selasa, 31 Julai 2012

imam al qhazali~


Yang singkat itu "waktu "
Yang menipu itu  "dunia "
Yang dekat itu" kematian "
Yang besar itu" hawa nafsu "
Yang berat itu "amanah "
Yang sulit itu "ikhlas"
Yang mudah itu "berbuat dosa"
Yang susah itu "sabar"
Yang sering lupa itu adalah "bersyukur" 
Yang membakar amal itu adalah "mengumpat "
Yang mendorong ke neraka itu adalah "lidah" 
Yang berharga itu "iman" 
Yang mententeramkan hati itu "teman sejati"
Yang ditunggu oleh Allah swt adlah "taubat" 

yang mana satu lagi ok??


NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 931001xxxxxxx
NAMA : NORSHAZLIN BINTI ABD xxxxx
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD PROGRAM : ES28 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : SAINS (KIMIA)
: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
URL SURAT TAWARAN : 
http://www.online.uitm.edu.my/

CATATAN : Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2012 (Isnin) dan Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 22 Julai 2012.

_______________________ATAU YANG INI______________________
KEMASUKAN BARU KE UNIVERSITI

NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 931001xxxxxxx
NAMA : NORSHAZLIN BINTI ABD xxxxx
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:


TARIKH : 21 JULY  (2012-07-21)
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI OF RAMADHAN AL-MUBARAK
COUSE WAJIB : BERPUASA
COUSE SPECIAL : TERAWIH
COUSE TAMBAHAN : BACA AL-QURAN, ZIKIR, SOLAT SUNAT, SEDEKAH & ETC..
KELULUSAN : IJAZAH KETAKWAAN KELAS PERTAMA
KONVO : 1 SYAWAL 1433


*EXTRA : Tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat master
COUSE : Puasa 6