Jumaat, 31 Januari 2014

perjalanan seorang hamba yang kerdil lagi hina~



Andai mampu ku sampaikan kata-kata ku pada bukaan mulut dalam setiap bicara, pasti aku mampu mencapai gunung yang jauh puncaknya. Tapi sayangnya pasti ada telinga tak mampu mendengar panahan api hasil ungkapan tulus dari hati. Mulut tertutup mata terpejam lalu membiarkan jari-jemari petah menari meluahkan perkara yang tersirat.. Wujud perbagai persoalan mendesak hati mencari kronologi kesilapan diri dan cuba untuk membuka 7 lapisan kebahagian.
Kunci hati yang ku simpan rapi hilang sekelip mata apabila mata kecilku dan mainan ingatanku melayang ke sanubari. Siapakah diriku, aku kosong memandang duniawi di tambah hina dan kecil disisi mereka yang bersaing dengan ku..dalam setiap perjalanan dalam perjuangan aku tumpas dalam kecuaian.
Penaklukan 1001 makna hanya kecil maksudnya bagi penafsir yang bijaksana. Biar ianya tersirat, kerana ianya adalah dari hati dan jiwa untuk insan yang bernyawa. Kalau diizinkan waktu dan masa, sekurangnya aku boleh mencuba dan terus berusaha. Kerna aku tahu tiada punca yang mampu menjatuhkan aku, aku berazam,dan aku akan berdiri teguh.. Semoga aku akn temui jalan penyelesaian.. zaman meninggalkan aku, kengkawan membiarkan aku.. dunia berlalu pergi.. tiada kata melambangkan semangat, tiada bicara mengambarkan keghairahan, tiada makna memaparkan gelora berkobar-kobar,ianya hanya mampu dirasai..ingatlah,ini dunia kau..kau yang mencorah langkah perlawanan,ianya menentukan kau menang atau sebaliknya..kau boleh menang kalau kau mahukannya~
Persepsi serta cara berfikir kita perlu ubah, ingat bukan usia y mematangkan kita, usia hanyalah angka!!! pengalaman mendewasakan kita, menjadi guru terbaik dalam kehidupan, kuatkan diri, cekalkan hati, dugaan tabah dihadapi, kurangkan controversy dan tingkatkan prestasi k, semoga anda berjaya..
Aku bukan siapa walhal aku tiada nama. Tapi syukurlah aku ada perasaan dan cinta yang Tuhan berikan.. satu Anugerah dariNya

Tiada ulasan: