Isnin, 29 September 2014

bicara tersembunyi


Setelah sekian lama tidak melakarkan berita dan berkarya di alam dunia maya.. dunia reality y semakin usang tanpa sebarang persoalan membuatkan aku semakin kekok untuk berkata. Di setiap perjalan pasti ada persimpangan, dan di setiap persimpangan pasti ada hentian.. dalam bicara kosong, kadangkala terserlah kebodohan serta kealpaan diri. Bicara tanpa berfikir, berkata tanpa logiknya..
Di kala diri mendiam itu bukan bisu namun membiarkan sesuatu kejadian reda tanpa gelora.. terserlah kebuntuan ketika jatuh, lalu mengaduh.. Tiada tempat untuk berteduh, Yang ada hanya gaduh dan rapuh.. di saat pedih dan sedih, tidak punya kawan, kerana mereka hilang ditelan awan.. juga tak punya lawan, mereka terhapus oleh hujan.. Parut luka mengingatkan supaya lebih berhati-hati masa mendatang dalam mencari erti kehidupan.. punya jiwa yang ditebus dengan raga..

"Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater."

“Allah, aku tahu semua ini tidak sia-sia”. 

Jumaat, 31 Januari 2014

terkenangkan nasib

Assalamualaikum~
Salam warga alam maya semua, ada kala ujian itu datang bertalu-talu, kita di duga bagitu hebatnya, kita acap kali mengeluh tanpa mengira apa puncanya.. Allah sayangkan kita, makin meningkat dewasa makin besar dugaan kita.. hari ini hati shaz terdekit untuk berkongsi satu cerita yang terjadi pada diri shaz, hope cerita nie leh bagi semangat di kala kita di landa ujian.
2 hari lepas shaz naik bas menuju menuju ke utara Malaysia atas urusan. Dalam perjalanan sampai di station bas di penang, sewaktu shaz beli tiket bas shaz terjumpa gadis cantik, lawa+ayu orangnye.. tp die istimewa, Allah tarik penglihatan die. Kakak nie menuju ke dastinasi y sama ngn shaz, so shaz pimpin die naik bas.. shaz duk kat belakang kerusi die.
Shaz rasa sedih sangat, hati shaz sayu melihatkan keadaan kakak tu. Sukarnye untuk die bergerak,  sukar lg untuk die menempuhi masa mendatang. Dalam keadaan die y tak mampu melihat, tp die masih kuat.. dan kakak tu berseorangan masa naik bas bersama shaz.
Shaz tak tahu kenapa hati shaz begitu sayu, bergenang air mata shaz tp di serka ngn pantas. Kalau nk fikir masalah, semua orang ade masalah. Manusia xkn pernah lari dari masalah. Allah sedang uji kekuatan iman kita, keteguhan kita kepadaNYA. DIA ingin kite mengingatiNYA di kala alpa dan leka.
kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah. Semakin matang kita semakin besar cabarannya, semakin hebat ujiannya. Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan di luar kemampuan hambaNYA. Cabaran itu akan sentiasa hadir dan itulah gunanya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir.
Di sini shaz mula terfikir untuk bangun, berdiri tanpa pandang ke belakang. Shaz mula belajar apa itu ikhlas. Shaz baru berjinak untuk tidak memaparkan kesedihan, shaz belajar untuk sentiasa tertawa walaupon berduka, shaz cuba membina semangat di kala jatuh..shaz tak boleh lemah walau apa pon y berlaku, di kala shaz jatuh shaz akan terkenang ujian y Allah turunkn kepada yang lain lebih besar. Nasib serta dugaan mereka lebih hebat dari shaz. Ada kala ujian itu datang bertalu-talu, kita di duga bagitu kencang, kita acap kali mengeluh tanpa mengira apa puncanya.. Allah sayangkan kita, belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang terjadi. Semoga Allah memberkati jalan hidup kita semua. AMIN!!

perjalanan seorang hamba yang kerdil lagi hina~



Andai mampu ku sampaikan kata-kata ku pada bukaan mulut dalam setiap bicara, pasti aku mampu mencapai gunung yang jauh puncaknya. Tapi sayangnya pasti ada telinga tak mampu mendengar panahan api hasil ungkapan tulus dari hati. Mulut tertutup mata terpejam lalu membiarkan jari-jemari petah menari meluahkan perkara yang tersirat.. Wujud perbagai persoalan mendesak hati mencari kronologi kesilapan diri dan cuba untuk membuka 7 lapisan kebahagian.
Kunci hati yang ku simpan rapi hilang sekelip mata apabila mata kecilku dan mainan ingatanku melayang ke sanubari. Siapakah diriku, aku kosong memandang duniawi di tambah hina dan kecil disisi mereka yang bersaing dengan ku..dalam setiap perjalanan dalam perjuangan aku tumpas dalam kecuaian.
Penaklukan 1001 makna hanya kecil maksudnya bagi penafsir yang bijaksana. Biar ianya tersirat, kerana ianya adalah dari hati dan jiwa untuk insan yang bernyawa. Kalau diizinkan waktu dan masa, sekurangnya aku boleh mencuba dan terus berusaha. Kerna aku tahu tiada punca yang mampu menjatuhkan aku, aku berazam,dan aku akan berdiri teguh.. Semoga aku akn temui jalan penyelesaian.. zaman meninggalkan aku, kengkawan membiarkan aku.. dunia berlalu pergi.. tiada kata melambangkan semangat, tiada bicara mengambarkan keghairahan, tiada makna memaparkan gelora berkobar-kobar,ianya hanya mampu dirasai..ingatlah,ini dunia kau..kau yang mencorah langkah perlawanan,ianya menentukan kau menang atau sebaliknya..kau boleh menang kalau kau mahukannya~
Persepsi serta cara berfikir kita perlu ubah, ingat bukan usia y mematangkan kita, usia hanyalah angka!!! pengalaman mendewasakan kita, menjadi guru terbaik dalam kehidupan, kuatkan diri, cekalkan hati, dugaan tabah dihadapi, kurangkan controversy dan tingkatkan prestasi k, semoga anda berjaya..
Aku bukan siapa walhal aku tiada nama. Tapi syukurlah aku ada perasaan dan cinta yang Tuhan berikan.. satu Anugerah dariNya