hr nie shaz nk kongsikan pasal penyakit barah~
Kenal pasti samada tanda-tanda ini wujud
pada diri anda.. Kesan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa anda, maka kerap
melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan
makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.Selain itu, kurangkan pengambilan
makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan amalkan gaya hidup
yang sihat.
1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada,
keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada
kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat
badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah,
nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem
pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera
makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen
membengkak.
(7) Kanser ovari – haid tidak
teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama,
ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan
penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang
berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)- letih, pucat,
mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,
sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
* Punca Utama Kanser :
(1) Makanan(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan










Tiada ulasan:
Catat Ulasan