Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan
makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup,
pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita.
Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di
antara warganegara kota.
Sebenarnya, masalah gastrik asid berlebihan ini
adalah susah untuk ditangani. Ini adalah kerana masalah ini adalah seperti
hantu, ia boleh menyerang anda minggu ini dan kemudian hilang untuk beberapa
minggu dan datang kembali secara tiba-tiba.
Terdapat pelbagi faktor yang menyebabkan masalah
gastrik asid, ada yang mengatakan bahawa ia adalah berpunca daripada cara
permakanan, ada pula yang mengatakan ia berpunca daripada jangkitan bakteria,
berikut adalah punca-punca gastrik yang biasa kita dengar:
Makanan Pedas => Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih
cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini adalah kerana kepedasan itu
adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini
menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk
yang pedas.
Makanan Masam => Seperti dengan makanan pedas, makanan yang
masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang
gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang
melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin
nipis.
Makanan Goreng => Makanan yang digoreng adalah berminyak dan
lebih sudah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang
lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di
dalam perut.
Merokok
=> Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu
boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Jika merokok itu boleh
merangsang saraf otak anda yang memberi rasa ‘high’ itu, maka ia turut boleh
merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
Kopi atau The => Kopi dan teh mengandungi kafein yang
merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut
menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelass sehari tidak apa, tetapi kalau anda
minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang
bakal dapat masalah gastrik.
Tekanan Emosi => Cara hidup moden adalah penuh dengan
macam-macam tekanan dan tekanan emosi ini akan mengganggu sistem hormon dan
saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam
jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.
Jangkitan Bakteria H. Pylori => Kajian terbaru menunjukkan faktor utama
masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar
dinding perut. Bakteria H. Pylori secara tidak langsung boleh menyebabkan
penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus
gastrik yang akhirnya menyebabkan ulcer perut. Kajian turut menunjukkan bahawa
jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu
menghidap penyakit kanser perut pada masa depan.
Hakikat yang menyedihkan adalah bahawa doktor anda
biasanya tidak tahu punca sebenarnya yang menyebabkan peningkatan rembesan jus
gastrik. Apa yang mereka tahu adalah masalah gastrik adalah disebabkan oleh
rembesan jus gastrik asid yang berlebihan. Ubat yang biasa dibagikan adalah
seperti berikut:
Ubat Antasid –> Ubat jenis ini biasanya dibuat oleh garam
karbonat atau hidroksida yang berfungsi sebagai penebat asid gastrik sementara
yang menghalang asid refluks daripada mengalir ke dalam tiub esofagus yang menyebabkan
rasa hati terbakar (heart burn). Sungguhpun ubat jenis ini boleh memberi
kelegaan yang segera, tetapi anda dinasihat supaya jangan terlalu bergantung
kepada ubat jenis ini kerana ia mengandungi macam-macam bahan kimia sintetik
yang susah untuk dihadam oleh badan kita. Cuba bayangkan apa akan terjadi
apabila anda telan benda yang seperti chewing gum itu setiap hari.
Proton Pump Inhibitor –>
Ubat jenis ini bertindak dengan merencatkan sel-sel perut yang merembeskan jus
asid gastrik. Tetapi masalahnya adalah jika tiada jus gastrik yang cukup untuk
pencernaan, makanan yang dimakan itu akan reput dan bukannya dicerna di dalam
usus anda. Apabila bahan yang tidak sempurna dicerna atau toksik reputan
diserap ke dalam saluran darah, ia akan menyebabkan darah menjadi semakin kotor
dan pekat yang turut akan menyebabkan macam-macam penyakit sampingan yang lain.
Antibiotik –>
Tujuan ubat ini digunakan adalah untuk membunuh bakteria H. Pylori yang
tersembunyi di dalam dasar dinding perut. Malangnya, antibiotik am (broad
spectrum antibiotics) yang digunakan bukannya khas dalam membunuh H. Pylori. Ia
mungkin boleh bunuh segelintir koloni H. Pylori tetapi ia bunuh lebih banyak
bakteria bagus yang penting dalam membantu pencernaan badan. Kajian terbaru
turut menunjukkan spesies H. Pylori yang baru sudah mempunyai rintangan
terhadap antibiotik am tersebut.
Pernahkah anda menanya diri anda kenapa semakin
ramai orang menghidap penyakit moden seperti kencing manis, tekanan darah
tinggi dan mati daripada kanser? Penyakit seperti ini adalah jarang didengari
pada zaman dahulu, ia mula menyerang kesihatan kita apabila cara hidup kita
menjadi semakin senang dan selesa.
Masalah
Kesihatan Lain Yang Secara Tidak Langsung Berkaitan Dengan Penyakit Gastrik
Darah Yang Pekat dan Gelap = Kandungan toksik berasid yang semakin meningkat
di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi
gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
Kerap Rasa Letih dan Mengantuk = Darah yang telah menjadi berasid dan pekat akan
mengalir dengan perlahan, ia tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke
seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen
yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda
turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi
masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan
Atas Katil Tidak Tahan Lama = Tidak kira lelaki
atau perempuan, masalah badan berasid akan mengganggu sistem hormon dan
pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.
Masalah Gasrik atau Asid Refluks = Apabila sisa-sisa asid itu tidak dapat
disingkirkan melalui air kencing atau peluh, badan terpaksa cari jalan
alternatif itu kurangkan toksik berasid di dalam darah. Salah satu cara adalah
dengan menyingkirkan asid dalam bentuk asid gastrik (asid hidroklorik) ke dalam
perut. Penghasilan asid gastrik di dalam perut boleh akan menghasilkan molekul
beralkali bicarbonat yang boleh meneutralkan asid lebihan dalam darah.
Masalah Gout atau Asid Urik Tinggi = Apabila kepekatan asid di dalam badan sudah
mencecah tahap tepu, asid-asid akan membeku dan membentuk kristal asid di dalam
sendi atau di bawah kulit yang menyebabkan masalah gout.
Kencing Manis (Type 2 Diabetes) = Kajian terbaru menunjukkan bahawa orang yang
mempunyai badan yang berasid adalah lebih senang untuk menghidap penyakit
Kencing Manis Jenis 2. Keadaan dalaman badan yang berasid akan merosakkan
reseptor-reseptor insuli di permukaan sel-sel badan dan menyebabkan masalah
Rintangan Insulin.
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang,
Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder = Buah pinggang menjadi semakin lemah ekoran
daripada beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung
penapisan asid dan gula yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk
menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan
itu.
Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri,
bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis atau penyakit moden yang lain
berakhir… Sungguh
menyedihkan!
Sakit Gastrik Itu Cuma Satu Tanda
Warning Awal!!!
Masalah gastrik itu sebenarnya merupakan satu tanda
amaran bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid. Ubat-ubat gastrik itu
cuma hanya menipu badan anda dengan menutup gejala gastrik ini. Akar umbi
masalah gastrik ini adalah pengumpulan sisa-sisa toksik berasid yang terlalu
banyak sejak bertahun-tahun dahulu. Jika turut merasai gejala lain yang
berkaitan dengan badan berasid, anda harus mula untuk meneutralkan asid dalam
badan sekarang juga! Bertindaklah sebelum ancaman asid itu berebak sampai ke
buah pinggang dan organ-organ lain dalam badan.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan